Bekerja
atau menjalankan perniagaan sendiri? Kedua-dua ini berkongsi matlamat yang sama
iaitu ganjaran kewangan dan keseronokan. Untuk menguruskan perniagaan ia
memerlukan motivasi, keinginan yang tinggi dan juga bakat selain banyak
penyelidikan dan perancangan yang teliti. Sesiapa yang ingin menjalankan apa
jua perniagaan perlu berfikir apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu atau
hal-hal yang patut dikemudiankan, hanya untuk memastikan kejayaan dikecapi.
Adakan
satu 'check-list' sebelum ingin memulakan perniagaan kerana ia akan melibatkan
banyak faktor contohnya dari segi wang ringgit, masa, tenaga dan lain-lain.
Senarai semak akan membantu kita melihat, menggubal dan memahami perniagaan
yang baru kita terokai dan ia membawa kita melalui setiap langkah apa yang
perlu dilakukan.
Begitu
juga dengan bisnes katering yang saya usahakan. Perniagaan katering ini adalah
salah satu pernigaan dari rumah atau premis yang paling lumayan dan
menguntungkan. Potensi pertumbuhan dan pengembangannya amat tinggi. Setiap hari
mempunyai peristiwa tersendiri seperti sambutan hari jadi, majlis pertunangan /
perkahwinan, mesyuarat rasmi badan kerajaan atau syarikat. Setiap majlis ini
akan membuatkan kehadiran tetamu mungkin melebihi 50 atau 100 orang mengikut
bajet masing-masing.
Peningkatan
permintaan untuk perniagaan katering ni adalah didorong oleh peningkatan
bilangan isi rumah berpendapatan tinggi, bilangan perkahwinan dan acara-acara
yang meningkat dengan syarikat-syarikat, badan-badan amal atau individu yang
memanggil katerer untuk merealisasikan majlis mereka.
Untuk
memulakan bisnis katering perlulah mengkaji beberapa aspek seperti modal yang
melibatkan kos overhead atau pembiayaan luar operasi, 'skill' menjual produk,
kawasan dan tempat, sasaran produk samada orang/perseorangan, badan kerajaan,
swasta, sekolah dan sebagainya. Dalam perniagaan katering ini kita boleh
bermula dengan modal yang kecil atau yang besar bergantung pada dompet kita
yang membenarkannya.
Untuk memastikan kos permulaan yang rendah, kita boleh memilih untuk menyewa barangan terlebih dahullu sepeti menyewa piring, sendok, mangkuk, alas meja atau juga perkakas yang lain. Dengan menyewa peralatan, kemudahan dan bekalan kita boleh menggunakannya beberapa bulan pertama sementara untuk membina reputasi perniagaan kita. Kita boleh mula membeli peralatan hanya apabila kita telah mempunyai perniagaan yang stabil.
Untuk memastikan kos permulaan yang rendah, kita boleh memilih untuk menyewa barangan terlebih dahullu sepeti menyewa piring, sendok, mangkuk, alas meja atau juga perkakas yang lain. Dengan menyewa peralatan, kemudahan dan bekalan kita boleh menggunakannya beberapa bulan pertama sementara untuk membina reputasi perniagaan kita. Kita boleh mula membeli peralatan hanya apabila kita telah mempunyai perniagaan yang stabil.
Untuk info tentang CATERING, kami
menyediakan beberapa paket catering murah
seperti paket prasmanan rumah dan gedung,menu spesial
joglo/gubug, paket aqiqoh,
aneka nasi kotak,
paket coffee break,
paket manten
, Alamat Kantor : Jl Raya Bohar no 32 Wage-Aloha Sidoarjo(Samping apotik bohar
& depan perum royal regency wage)
Firmansyah : No. Kantor : 0813.3289.5354, Hp : 0857.0601.2354 & 0877.5262.9357
Firmansyah : No. Kantor : 0813.3289.5354, Hp : 0857.0601.2354 & 0877.5262.9357
Tidak ada komentar:
Posting Komentar